Image Banner

MAJLIS IHTIFAL SUKAN SEKOLAH ABIM KEBANGSAAN KALI KE-21

21-24 Oktober 2022 | SRI SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

 

MISSAK Kali ke-21 baru sahaja melabuhkan tirainya. MISSAK kali ini dilaksanakan di SERI SEREMBAN , NEGERI Sembilan melibatkan semua sekolah-sekolah di bawah naungan Yayasan Takmir ABIM dimana melibatkan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Kontijen Madrasah Uthmaniah (ABIM) telah menghantar seramai 54 orang peserta dan 23 orang guru pengiring dimana melibatkan hampir 10 acara yang dipertandingkan. Moga bertemu lagi MISSAK Kali ke 22 di Selangor pada tahun 2024.

LAGI


PENDAFTARAN KEMASUKAN TAHUN 1 SESI 2023

Assalamualaikum. Pendaftaran Kemasukan Tahun 1 sesi 2023 kini dibuka.

Ibubapa/Penjaga boleh mendaftar seperti di bawah :

1. Sila masuk ke www.uthmaniah.edu.my
2. Tekan pautan PAUTAN
3. Tekan pilihan pada PELAJAR BARU
4. Tekan pilihan sekolah SERI
5. Tekan pilihan INTAKE 2023
6. Masukkan No.Kad Pengenalan Murid. (Cth : 123456071234)
7. Tekan butang VERIFY
8. Tekan butang REGISTER HERE
9. Sila masukkan semua maklumat yang di minta.

Nota : Sila pastikan semua maklumat diisi. Borang pendaftaran tidak akan diproses sekiranya maklumat tidak lengkap.

 

LAGI



DIRGAHAYU 50 TAHUN ABIM : SEPARUH ABAD ABIM (GERAKAN ILMU & BAKTI)

Seluruh warga Madrasah Uthmaniah ABIM mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang ke-50. ABIM mempunyai sejarah panjang dalam perjuangan dan telah melahirkan ramai tokoh serta ilmuan ulung yang mendasari citra kepelbagaian di Malaysia. Moga ABIM terus mengakar dan merimbun dalam soal menegakkan kebenaran dan memperjuang keadilan.

 
Ikhlas daripada :
Mudir & Asatizah
Madrasah Uthmaniah ABIM
 
LAGI

PENDAFTARAN KEMASUKAN MURID SESI 2022

 

Pendaftaran kemasukan murid sesi 2022 telah dibuka sehingga 30 September 2021. Jom mendaftar sebahagian daripada warga Madrasah Uthmaniah ABIM. Rasai pengalaman dan suasana pembelajaran yang kondusif di Kompleks Pendidikan Uthmaniah ABIM, Bayan Lepas. Klik pada pautan https://my03.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=uthmaniah

LAGI


Image Banner